CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

WELCOME

wiNd0oW mUsiC

Bersabung Kata

Penatku bila tidak difahami,
Aku cuba diamkan diri,
Bila ku terdiam ada bunyi
yang memanggilku untuk
aku bangun.

Celaka!! ada bunyi menyabung kata
untuk menjatuhkan aku..
tak ku biarkan ia berlaku,
Tiba pula aku menyabung kataku..
ARh!!terdiam sudah..

Termenungku seketika
di jendela hati..
Adakah patut kiranya,
Aku terus bersuara,
akan apa orang perihalku,
atau aku terus membisu??

KESEDIHAN MEYELIMUTI AKU

Telahku fikirkan apa bakal terjadi..
Kini telah terbukti apa yang diduga serta terduga..
AAaarghh..batinku meraung merana
merenung apa yang terjadi.....

Sungguhku terpaksa menadah nasibku ini..
Mungkinku di takdirkan hidup sendiri
didalam gelap tanpa teman..
yang ku anggap ianya bak cahaya..

Kini telahku merasakan
Aku diselimuti kesedihan..

Ku Cuba Meludah Bahasa

Tika aku kesunyian..
Aku cuba meludahkan bahasaku
kepada angin....
Entah masih tak di dengarinya..

Tika aku merenung nasibku..
Aku cuba melukisnya di kotak mindaku
yang berapungan di udara..
Entah masih belum tiba jawapan..

Tika aku kesedihan..
Aku cuba halangi titik air sungai
di kelopak mataku..
Entah mengapa ia tidak surut..

Ya Allah..apakah hidupku
akan terus begini..
walaupun aku cuba
menyekatnya hadir dalam hidupku..
namun ia tetapkn hadir..
Apakah ia akan sentiasa wujud dalam
hidupku???..iaitu,kesunyian,nasib,
dan kesedihan.......

AKU TAK BERJAYA//

Aku sudah lama tahu
Kau akan pergi suatu hari nanti
kerana itu aku cuba sabar
Saat kau dan aku meninggalkan sekejap
Aku harap dapat belajar hidup tanpamu
Melalui segala tanpa suaramu.

Tetapi sukar juga
Kesepian tanpamu kali ini tidak menjadi
Kerana hatiku sentiasa
Dihantui kenyataan yang aku dan kau sebentar sahaja

Pemergian buat selama-lamanya belum tiba lagi..
Yang berlaku kini hari ini..
Aku tak bisa belajar untuk persediaan esoknya...

PERMAINAN HATI

Disaat kedukaan itu,
Menggauli tubuhku,
Aku terasa asing,
Di dunia sepi,
Yang hiang akan,
Hingar bingar.
Percaturan perasaan,
Menentu sakit dan lega,
Minda cemburu,
Aku kesima,
Menentu masa dan
waktu itu.
Ia akan berubah!!!
Aku harus terima,
Ranjang kemesraan,
Bersamanya
itulah yang terukir,
Dibatu siratku,
sejak azali....

LUKISAN KEHIDUPAN

Aku suka melakar
pada sekeping kanvas dan kertas
satu gambaran yang terlintas
Di benakku
Sebuah ganbaran kehidupan

Aku suka mencoret
pada sekeping kertas
satu cerita yang terlintas
Di mindaku
Sebuah cerita kehidupan

Sesekali tangan yang melakar
terhenti...
Namun tangan yang mencoret
terus menari..
Telah ku siapkan satu
gambaran indah..
Serta satu cerita kehidupan
Yang tak pernah sudah.....

TEMAN

Teman,
kaukah yang bernama teman,
kaukah seorang insan yang aku perlukan,
Teman,
Aku teramat merinduimu dikala aku
sendirian,
Sudikah kau menemaniku?
Tatkala aku inginkan seorang teman mampukah
dikau mengasihi aku
Seperti aku mengasihimu?
mampukah kau menjawap persoalan ku?
Teman,
pada siapakah aku harus mengadu?
oh tuhan bantulah aku insan yang daif ini..