CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

WELCOME

wiNd0oW mUsiC

Bersabung Kata

Penatku bila tidak difahami,
Aku cuba diamkan diri,
Bila ku terdiam ada bunyi
yang memanggilku untuk
aku bangun.

Celaka!! ada bunyi menyabung kata
untuk menjatuhkan aku..
tak ku biarkan ia berlaku,
Tiba pula aku menyabung kataku..
ARh!!terdiam sudah..

Termenungku seketika
di jendela hati..
Adakah patut kiranya,
Aku terus bersuara,
akan apa orang perihalku,
atau aku terus membisu??

KESEDIHAN MEYELIMUTI AKU

Telahku fikirkan apa bakal terjadi..
Kini telah terbukti apa yang diduga serta terduga..
AAaarghh..batinku meraung merana
merenung apa yang terjadi.....

Sungguhku terpaksa menadah nasibku ini..
Mungkinku di takdirkan hidup sendiri
didalam gelap tanpa teman..
yang ku anggap ianya bak cahaya..

Kini telahku merasakan
Aku diselimuti kesedihan..

Ku Cuba Meludah Bahasa

Tika aku kesunyian..
Aku cuba meludahkan bahasaku
kepada angin....
Entah masih tak di dengarinya..

Tika aku merenung nasibku..
Aku cuba melukisnya di kotak mindaku
yang berapungan di udara..
Entah masih belum tiba jawapan..

Tika aku kesedihan..
Aku cuba halangi titik air sungai
di kelopak mataku..
Entah mengapa ia tidak surut..

Ya Allah..apakah hidupku
akan terus begini..
walaupun aku cuba
menyekatnya hadir dalam hidupku..
namun ia tetapkn hadir..
Apakah ia akan sentiasa wujud dalam
hidupku???..iaitu,kesunyian,nasib,
dan kesedihan.......

AKU TAK BERJAYA//

Aku sudah lama tahu
Kau akan pergi suatu hari nanti
kerana itu aku cuba sabar
Saat kau dan aku meninggalkan sekejap
Aku harap dapat belajar hidup tanpamu
Melalui segala tanpa suaramu.

Tetapi sukar juga
Kesepian tanpamu kali ini tidak menjadi
Kerana hatiku sentiasa
Dihantui kenyataan yang aku dan kau sebentar sahaja

Pemergian buat selama-lamanya belum tiba lagi..
Yang berlaku kini hari ini..
Aku tak bisa belajar untuk persediaan esoknya...

PERMAINAN HATI

Disaat kedukaan itu,
Menggauli tubuhku,
Aku terasa asing,
Di dunia sepi,
Yang hiang akan,
Hingar bingar.
Percaturan perasaan,
Menentu sakit dan lega,
Minda cemburu,
Aku kesima,
Menentu masa dan
waktu itu.
Ia akan berubah!!!
Aku harus terima,
Ranjang kemesraan,
Bersamanya
itulah yang terukir,
Dibatu siratku,
sejak azali....

LUKISAN KEHIDUPAN

Aku suka melakar
pada sekeping kanvas dan kertas
satu gambaran yang terlintas
Di benakku
Sebuah ganbaran kehidupan

Aku suka mencoret
pada sekeping kertas
satu cerita yang terlintas
Di mindaku
Sebuah cerita kehidupan

Sesekali tangan yang melakar
terhenti...
Namun tangan yang mencoret
terus menari..
Telah ku siapkan satu
gambaran indah..
Serta satu cerita kehidupan
Yang tak pernah sudah.....

TEMAN

Teman,
kaukah yang bernama teman,
kaukah seorang insan yang aku perlukan,
Teman,
Aku teramat merinduimu dikala aku
sendirian,
Sudikah kau menemaniku?
Tatkala aku inginkan seorang teman mampukah
dikau mengasihi aku
Seperti aku mengasihimu?
mampukah kau menjawap persoalan ku?
Teman,
pada siapakah aku harus mengadu?
oh tuhan bantulah aku insan yang daif ini..

Bicara Hati

Berbicaranya hati
Pada jiwa yang halus
Pada ruang yang paling dalam
Jauh tak terselam
menyapa lagi
Membibitkan kasih
Menerbitkan rindu
Membuahkan sayang
Agungnya rasa itu
Dalam tak ku sedar
Terzahir sebuah pengertian..

KENANGAN

Lewat masa
Bayangan dan igauan
Bersatu menjadi satu
Antara kenangan dan realiti
Menghimpit sendu di birai hati
Insan bernama aku
Yang pernah singgah menyemai cinta
Pernah dibayangi kesal
yang tidak berpenghujung
karna impian yang tidak kesampaian
Aku tetap aku
yang pernah bergelar kekasih,sahabat,seorang anak
Mengharapkan kebahagian dalam hidup selalu
Bersama keluarga,sahabat dan orang ramai
Yang kini bertakhta di hati..

Rindu

RINDU

Sudah terlalu lama rindu ini wujud
sudah berkali-kali rindu ini membunuh
sudah bertahun hendak ku elak
sudah bermusim ingin ku kubur
Setiap saat ia terus hadir
Biar bertahun
Musim bertukar ganti
Namun ia tetap hadir
Walau ku halang
Ku tepis, ku nafi
Ia tetap di situ
Hidup dalam diri yang kaku dan mati ini....

Pertemuan

Pertemuan

Kenapa perlu ada pertemuan itu
Jika kelak ianya terlalu menyeksa
Kenapa perlu ada kemesraan itu
Jika kelak yang tertinggal hanya kenangan
Kenapa perlu ada cinta itu
Jika kelak yang wujud hanya kelukaan
Takdir kenapa perlu ada semua itu
Jika yang ada kini hanya tangisan......
kenapa??

Gelisah, gundah!!

Gelisah, gundah
Bukan kerana masaalah lahiriah
Lahirnya di hati
Tak ku ketahui

Gelisah,gundah
Apakah ini
Tak ku mengerti
Apa bakal terjadi

Jangan ku diganggu
Jangan ku dihampiri
Hadir ku dialam fantasi
Tak kan ditemii di lam ini

ILHAMKU : Rintihan Hamba

Rintihan Hamba
Tuhan ku yang maha esa,
Aku ingin memuja-Mu tiap ketika,
Aku ingin mendampingi-Mu tiap masa,
Aku ingin mendapat kasih sayang-Mu,
Tapi aku tidak layak untuk itu,
Aku insan yang mengingati-Mu ketika susah,
Dan melupai-Mu ketika senang,
Tuhan ku yang Maha Esa,
Aku ingin menyintai-Mu sepenuh jiwa ragaku,
Tapi aku tidak layak untuk cinta-Mu,
Aku insan yang mengabaikan suruhan-Mu,
Tuhan ku yang Maha Esa,
Betapa hinanya diri ku ini
Hidup di atas bumi-Mu,
Tanpa mensyukuri nikmat-Mu,
Hidup dengan kasih sayang -Mu,
Tapi aku selalu mengingkari-Mu,
Aku tidak layak dipanggil hamba-Mu,
Begitu banyak dosaku terhadap-Mu,
Aku ingin gapai kasih-Mu,
Tapi betapa kerdilnya aku berbanding kebesaran-Mu.
Nukilan abadi: BlogExpresiku

TOPENG TOPENG KEHIDUPAN..

Hrm...agak lama aku tidak menulis catatan disini..rindu rasanya..tapi bukannya apa..cuma keadaan menjadi sebuk..haaa..ini lain pulak cerita yang ingin di ceritakan,diuwar2kan,dan di kongsi bersama..cerita ini bertajuk..''TOPENG-TOPENG KEHIDUPAN''.

Aku akui yang diriku sering menggunakan topeng-topeng kehidupan..tapi aku percaya manusia seperti aku dan juga anda juga sering menggunakan topeng-topeng kehidupan,tapi mungkin anda lebih dahsyat dari aku..mungkin anda bukan sekadar menggunakan topeng -topeng kehidupan,mgkn anda menggunakan topeng-topeng harian!! wah!! bahaya ke??

Soalan ini masih belum di jawap oleh segelintir masyarakat,kadang2 bukan segelintir masyarakat tapi semua.bagi pandangan aku,topeng-topeng kehidupan harus dipakai oleh kita!! eh!! mungkin tidak!! aaaRRRRgggg!!!!!!! aku pun x dapat memberi jawapan..hah!mungkin ia baik digunakan tapi ada kesan sampingannya..contohnya seperti ubat! makan apabila sakit ia bagus..tapi bila makan berlebihan mendapat kemudaratan.

Tapi kadang2 geram juga pada orang yang menggunakan topeng tersebut karna hanya ingin merapatkan diri dengan kita bahkan disebaliknya menikam diri kita dari belakang..ada juga perkara ini berlaku pada diriku..melalui teman aku disini.mungkin teman aku yang lain pun mengamalkan isu yang diperkatakan ini pada aku dan kepada teman2 lain..

Apa kata anda berkongsi jawapan bersamaku.hanya menjawapnya di kotak suara di sebelah kanan.

SUNGGUH SERONOK DI BULAN PUASA

Alhamdulillah..baru-baru nie aku sempat balik ke kampung halaman ku yang mana tanah tumpah darahku..negeriku pulau pinang,aku balik sebelum puasa tujuan aku untuk balik melihat ayah yang sakit dan berhimpun berbuka puasa bersama dengan keluarga tercinta..alhamdulillah setelah aku sampai ke kampung halamanku aku teruja karna seluruh keluargaku ada di teratak syurga kami..pada keesokan harinya marhaban ya ramadhan iaitu bulan puasa.

yang paling aku seronok dan tersergam kenangan indah dalam hidupku adalah disaat sibuk untuk berbuka,kecoh satu rumah dengan gelagat kami semua..denga gelagat anak buahku yang mana sibuk juga nak berbuka..manakala kakak serta kakak iparku sibuk memasak..bila tiba waktu berbuka memang seronok dengan riuh rendah kami sekeluarga..ingin terucap dihati..berbuka puasa bersama keluarga adalah pengalaman yang paling indah dimana dapat merapatkan jurang terpisah antara aku dan keluarga..best..sangaaat..

BINGKISAN BUAT BONDA DAN AYAHANDA

MAK..AYAH..ACHIK SANGAT MERINDUI MAK DAN AYAH..
Ntah apa yang berlaku pada diriku semalam setelah mendengar suara mak dan ayah
melalui hanfoneku..aku sebak bila mendengar berita yang ayah kurang sihat..hati anak mana yang tak sedih dan tak senang duduk bila mendengar berita akan ibu bapanya tidak sihat..aku bertanya apa punca ayah jatuh sakit?.mak menjawap sakit lama ayah,iaitu kesan ayah operasion,terus aku terdiam kerana aku pernah mendengar kata-kata abangku mengenai ayah pada masa silam,dimana ayah masuk ke wad ICU kerana sakitnya,abang menceritakan saat-saat ayah bercakap dengannya..semalam aku terus terdiam dan memohon agar pisang takkan berbuah dua kali lagi..apa-apa pun hanya doa dari seorang anak sahaja yang mampu aku kirimkan buat ayah dan mak..sehingga sekarang aku merasa resah..walaupun mak memberitahu yang ayah sekarang sudah baik..tapi hatiku terkenang kembali cerita yang abangku ceritakan padaku..kepada ayah..

KEPADA AYAHANDA..
Ayah achik sangat merindui ayah..hanya doa yang dapat achik kirimkan..achik mengharapkan yang ayah sentiasa sihat selalu..dan diredhai oleh allah..dan mak juga..


AKHIR KATA: SALAM SAYANG RINDU DARI ANAKANDA YANG NUN JAUH.

WAJAH TEMAN PENUH MAKNA BUATKU



Bisikkan hati tersirat buat ''TEMAN''.

persahabatan membuat kita rasa bahagia,
cerita ini berkisarkan tentang hidupku,yang mana,kelmarin aku berjalan-jalan bersama teman serumahku,senang di ceritakan aku lebih sesuai,comfortable,suitable dan ape-ape table lah..maksud aku aku lebih disenangi oleh mereka semua dan mereka menyenangi aku..kami pergi berjalan jalan bersama dan tanpa menyedari aku boleh melihat kami seperti sebuah keluarga yang penuh dengan kegembiraan dan sebagainya.

pada malam ini,
barusan tadi perkara ini berlaku terhadap aku,ini juga berkisarkan mengenai persahabatan,ini ceritanya,td tp tepat pada pukul 8.00,pada selalunya kami serumah akan keluar makan malam bersama,tapi malam ini lain pula terjadi,aku tidak dapat bersama mereka karna aku tidak punyai wang untuk keluar makan bersama mereka,tiba-tiba 2 orang sahabatku melenting kemarahan kepadaku karna tidak beritahu yang aku tidak punyai wang untuk keluar makan bersama mereka,lantas sahabat aku yang seorang mengajak aku makan bersama..katanya''jom makan! tentang duit jangan fikir lagi pun kita serumah..lagi pun aku tak suka ada budak rumah tak makan.susah senang sekali..''.dan yang seorang lagi terus menjerit ''kalau ko tak nak kuar makan aku bungkuskan untuk ko!!''.sebak hatiku mendengar kata-kata mereka.lalu aku berkata aku sudah kenyang..mereka tetap tidak percaya,dan aku cuba terus meyakinkan mereka yang aku sudah makan,akhir sekali mereka pun bergerak ke kedai makan di hadapan rumah.

kata hatiku,
Yaallah,terima kasih karna ENGKAU tempatkan aku bersama teman-teman yang baik serta penuh keperhatinan,syukur walaupun aku menimpa musibah yang lain..ENGKAU sedia memberikan dugaan yang menyayat hatiku ini..trima kasih yaallah..

kepada teman-teman,
''Aku mohon maaf sebab aku telah menipu kalian semua,sebaliknya aku hanya makan sekeping roti kering dan air masak..''.aku mengharap kalian sentiasa diredhai allah s.w.t karna sifat baik kalian terhadapku..''

coretan hatiku hari ini.


CORETAN HATIKU BERBISIK KESYUKURAN KEHADRAT ILLAHI..

ALHAMDULILLAH ...syukur aku serta keluargaku kepada Allah s.w.t.hari ini hari gembira buat diriku,hal ini kerana aku mendapat berita nun jauh dari ibuku yang menyatakan aku,punyai teman baru(anak buah baru).ini terjadi karna kakakku yang bernama SITI SARAH BT. ISMAIL dan suaminya RIZAL BIN ABDUL RAHIM, telah berjaya melahirkan dan menimang cahya mata yang pertama pada hari ini..berita ini aku dapati pada sekitar pukul 2.30 petang..hatiku berasa lega karna kakakku telah selamat melahirkan cahya mata pertamanya,dengan melahirkan seorang puteri penyuluh cahya kebahgiaan keluarga.aku mengharapkan cahya mata tersebut bakal mengukuhkan dan menambah ''NUUR KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA'', mereka.AMIIINN..
YA'ALLAH..terima kasih ku panjatkan kesyukuran kepadamu karna memberikan satu lagi cahya yang bakal merubah keluarga kami agar lebih bahgia..walaupun aku berada un jauh dari mereka dan keluargaku aku ttp berasa syukur,seronok dan gembira yang tak terhingga karna aku telah diberikan anak buah yang lagi satu serta ia makin bertambah ahli keluargaku..


CORETAN HATIKU BERBISIK KESYUKURAN KEHADRAT ILLAHI..

SASTRA MEMBUNUH KEBOSANAN,YANG TELAH AKU ALAMI..

Hari ahad bertandang kembali,aku terjaga dari tidurku..entah apa difikir..sudah tentu aktiviti harian,fikiran melayang terbayang-bayang,ntah apa terkenang,lantas lalu idea memberansang,cara membunuh kebosanan.

Pada hari ini,aku keluar bersama sahabatku,kami hanya bertiga,ntah apa cara kami cuba membunuh kebosanan..ia hanya dengan cara berjalan-jalan..berjalan kakiku tiada henti,sehingga sampai di shopping complex MP.hatiku memujuk menjenguk buku di kedai buku,lalu aku melayan perasaan hatiku.namun lepas itu aku terkaku karna aku telah menipu diriku,karna aku telah menghabiskan duitku dengan barangan lain dan juga buku,serta tidak disengajakan aku trus pulang lalu terfikir aku telah berjaya membunuh kebosananku..

akhir kata dariku''fikiir dan rancanglah perjalanan hidupmu serta rutin harianmu agar dapat membunuh kebosanan dengan kearah kebaikkan''.

SASTRAKU HARI INI..(MEMBUNUH KEBOSANAN)

CINTA YANG KU DUGA

Walau hatiku pedih,
ku rsasa sendiri kepedihan,
kesakitan hatiku menangis,
rintihan jiwa yang terus merana,

Walau ku sendirian,
ku renangi lautan yang dalam,
tiada siapa sudi perhatikan,
itu yang kuduga selama ini,

kesakitan cinta yang melandaku,
menghentikan degupan rindu,
yang hampir bernyawa,
kecewa yang tiada terhingga,
bila mendengar berita kau tak cintaiku,
kini ku fahami erti cintamu,
kau hanya bernyawakan patung dalam,
dirimu,
kecewa yang melanda dihati,
mengapa begini yang aku hadapi..
(kekasihku)

CORETAN HATIKU TERHADAP WANITA PENUH BERMAKNA BAGIKU..


Dua wanita ini adalah pembakar semangatku,malah mereka ini adalah darah dagingku..sebelah kiri adalah ibunda tersayang bernama AZIZAH BT SHAMSUDDIN,tanpa beliau aku tidak di lahirkan didunia ini,tanpanya juga aku tidak kecapi kebahgiaan sekarang,tanpa ibu aku bisa jatuh dan tidak akan bangun karna perjalanan hidupku banyak datangnya dari restunya,manakala wanita disebelah kanan ibuku,adalah kakak ku,wanita ini juga idola hidupku..
wanita ini diberikan nama sama seperti dirinya iaitu HALIJAH BT. ISMAIL.aku sangat kagum dengan ketabahan kakakku serta keberanian,kesetiaan,kesabarannya dalam menempuh dugaan hidupnya,walaupun hidupnya kurang lengkap bersama anak tersayangnya ''DANIA AMANI''(anak buahku).wanita ini bisa trus berdiri walaupun ujian yang melandanya,sehinggakan sekarang beliau sentaisa bangun menuntut haknya kembali..''yaallah..kau pertemukanlah zuriatnya kembali kesisinya yaallah..''.
cukup untuk aku akui perpisahan yang aku alami juga amat memedihkan walaupun hanya sementara dengan jarak yang jauh,inikan pula terpisah jauh tanpa mendengar khabar.kini hanya doa yang dapat aku lafazkan agar mereka dapat dipertemukan..walau apa pun terjadi aku tetap berada disisi mereka berdua karna mereka adalah sumber untuk ku trus menyusuri liku-liku hidupku..
luahan terbuku dihatiku
11/08/09
12.45 pm

m0tivation fr0m myfrenz

''kebahagian adalah hak milik mereka yang menangis,dan mereka
yang disakiti,mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba..
merekalah yang tahu menghargai betapa pentingnya orang yang menyentuh
kehidupan mereka''.




kata-kata dari seorang sahabat
name:zaini

KATA-KATA RENUNGAN DARI ABG KEPADA ADIKNYA.

Tidak diuji setiap makhluk melainkan
keupayaannya.
Nabi diuji dengan cara nabi..
kakak dengan cara kakak..
abang cara abang..
dan adik(aku) dengan cara adik..
Apa yang berlaku pada kakak mungkin tak
mampu adik menanggungnya..
besar masalah kita besar lagi masalah
orang sekeliling kita..
menyerah kalah bukan penyudah.
BANGUN!!!!,lawan dan buktikan kita bukan lemah!!
masa depan kita datangnya dari kita..



PETIKAN DARI:(pesanan,kata semangat yang di hantar kepada aku)
daripada: ABG KEPADA ADIKNYA.
PADA TARIKH: 4 AUG 09
MASA:12.42 AM

PERSAHABATAN..


BUALAN ABG DENGAN ADIKNYA.

peristiwa yang lepas ku kenang semula.
(berlaku pd hari jumaat,ketika kluar mkn bersama kluarga)

ABG : Achik!! jap gi msk kreta abg.

ACHIK : ok.

ABG : Abg dengar mak cerita,achik kuar blik lewat malam.btl ka??

ACHIK : Mmg achik balik lambt..

ABG : p mana blik lmbt?? lwat mlm?? mak bknnya apa..cma fkirkn tok n ngah..ya la..tkt la..
ngah n tok ddk atas rmh,nak trun bkak pintu..tok lg..dengan skt lutut..

ACHIK : hrmm..

ABG : ha.achik kluar2 dgn sapa??

ACHIK : la..kluar dgn kawan la..kreta viva itam..

ABG : Abg bkn pa..dlu abg pn mcm achik jga..abg dlu prnah ajak kwn abg kluar..tjuan nak jmpa blik dah x
jmpa..kluar mkn.. blik umah,mak bising..kta mak kwn abg tnya,''td H ajak P kluar p mn ntah!x blik lg..
dah pkul 12..'' mak mrh krna tkt trjdi apa2 dkt anak org..klu jd dkt kita shja x mgapa..lps pada 2 abg
amk kptsan kluar sorg2..nati jadi apa pn x pa sbb x da mak rsau tntg anafk org..

ACHIK : (mengeluh dgr crita abg)


BeRsaMbUnG...

Cerita Kompilasi Hidupku
JULAI 2009
petikan Dari Peristiwa























pErBezAaN rUtiN hAriaN kitA

''Aku'' tetap ''Aku'' tp apakah rutin harianku?????? ntah aku pn ,tidak tahu..kadang2 apa yang aku buat..jada yang lari dari ''time table''..kadang2 lari dari semua yang dirancang..ntah la..knapa ia berlaku...mgkin kekuatan pada diri tidak mampu mengawal diri agar mengikuti rutin harian yang di rancangkan..petang ini aku hanya menghabiskan masa di kedai keluargaku..ini satu pengisian masa lapangku..sangat seronok dimana aku boleh belajar tentang dunia perniagaan..
aku mempunyai matlamat pada kedai milik keluargaku..macam2 telah aku rancangkan..tp ntah jadi ntah tidak...itu impian dan rutin harian aku..tp bagaimana pula rutin harian anda???
sekira kita pelakon mst rutin harian padat dengan shooting lakonan..hrm..bla aku terfikir mereka sangat disiplin kerana setiap hari mereka melaksanakn rutin harian yang tepat dalam perancangan mereka sama da ''time table'' mereka.
tp berbeza pula dengan apa yang aku lihat..seperti pelanggan yang sentiasa datang ke kedai aku..bla tengok saja pelanggan yang datang..selalu orang yang sama..mgkn itu rutin harian mera agaknya..berkumpul dan berborak tentang isu yang ingin dibincangkan...

JANGAN FIKIR TIADA SIAPA MENYAYANGI KITA!

askm..hrm..hari ini hari yang sangat sebak bg diriku karna terpaksa menerima hakikat yang
esok aku terpaksa meninggalkan keluarga dan kaum kerabat keluargaku buat kali ke....
hal ini kerana aku terpaksa berjuang untuk mencapai matlamat aku serta ibu bapaku,iaitu pergi belajar..hrm..sempat juga td aku beritahu berita ini kepada anak buah aku yang berusia 4tahun yang bernama shazani shahizan..hrmm...x sangka kanak2 seusia ini sudah faham erti perpisahan dan kesedihan apabila meratapi perpisahan sementara..sebak aku melihatnya,dengan bertingkahkan sembunyi perasaan sedih daripada aku..disini aku dapat lihat betapa sayangnya dia terhadapku..dan sama juga dengan keluargaku yang lain..hah! sebak lagi hatiku..sekarang kanak2 yang aku ceritakan ini berada di hadapanku..sedang bermain mainannya ultraman..sambil memerhatiku dengan relingan kesedihan..tp aku terfikir kadang2 aku x nak berjauhan dengan mereka.tp keadaan selalu memaksaku sentiasa berdikari..jd aku terpaksa kerana ini adalah matlamat,impian kluargaku...\akhir kata..janganlah kita pernah berasa tiada orang yang menyayangi kita..sebaliknya apabila perpisahan berlaku kita dapat lihat ada orang yang sayangkan kita..dan x sanggup kita berpisah dengannya..ia tidak kira orang tua mahupun kanak2...

UntUK kAkak tRCyG



Atiiqah @ pesta buku


ReNunGaN pujaNggA biCarA

"Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w. Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..."

ReNunGaN pujaNggA biCarA

"Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w. Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..."

biCaRa muSLiM

jangan letakkan garam di dalam air yg sedikit, masinnya akan terasa tetapi letakkan ia di dalam tasik yang besar, agar hilang masinnya begitulah dgn masalah yang kita hadapi, jgn terlalu menumpukan pd masalah tersebut sehingga membebankan diri sendiri... tp berlapang dada lah, krn dengan nya mudah bg kita menerima hidayah dan pasti ada hikmah disebaliknya.....