CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

WELCOME

wiNd0oW mUsiC

Bersabung Kata

Penatku bila tidak difahami,
Aku cuba diamkan diri,
Bila ku terdiam ada bunyi
yang memanggilku untuk
aku bangun.

Celaka!! ada bunyi menyabung kata
untuk menjatuhkan aku..
tak ku biarkan ia berlaku,
Tiba pula aku menyabung kataku..
ARh!!terdiam sudah..

Termenungku seketika
di jendela hati..
Adakah patut kiranya,
Aku terus bersuara,
akan apa orang perihalku,
atau aku terus membisu??

KESEDIHAN MEYELIMUTI AKU

Telahku fikirkan apa bakal terjadi..
Kini telah terbukti apa yang diduga serta terduga..
AAaarghh..batinku meraung merana
merenung apa yang terjadi.....

Sungguhku terpaksa menadah nasibku ini..
Mungkinku di takdirkan hidup sendiri
didalam gelap tanpa teman..
yang ku anggap ianya bak cahaya..

Kini telahku merasakan
Aku diselimuti kesedihan..

Ku Cuba Meludah Bahasa

Tika aku kesunyian..
Aku cuba meludahkan bahasaku
kepada angin....
Entah masih tak di dengarinya..

Tika aku merenung nasibku..
Aku cuba melukisnya di kotak mindaku
yang berapungan di udara..
Entah masih belum tiba jawapan..

Tika aku kesedihan..
Aku cuba halangi titik air sungai
di kelopak mataku..
Entah mengapa ia tidak surut..

Ya Allah..apakah hidupku
akan terus begini..
walaupun aku cuba
menyekatnya hadir dalam hidupku..
namun ia tetapkn hadir..
Apakah ia akan sentiasa wujud dalam
hidupku???..iaitu,kesunyian,nasib,
dan kesedihan.......