CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

WELCOME

wiNd0oW mUsiC

AKU TAK BERJAYA//

Aku sudah lama tahu
Kau akan pergi suatu hari nanti
kerana itu aku cuba sabar
Saat kau dan aku meninggalkan sekejap
Aku harap dapat belajar hidup tanpamu
Melalui segala tanpa suaramu.

Tetapi sukar juga
Kesepian tanpamu kali ini tidak menjadi
Kerana hatiku sentiasa
Dihantui kenyataan yang aku dan kau sebentar sahaja

Pemergian buat selama-lamanya belum tiba lagi..
Yang berlaku kini hari ini..
Aku tak bisa belajar untuk persediaan esoknya...

PERMAINAN HATI

Disaat kedukaan itu,
Menggauli tubuhku,
Aku terasa asing,
Di dunia sepi,
Yang hiang akan,
Hingar bingar.
Percaturan perasaan,
Menentu sakit dan lega,
Minda cemburu,
Aku kesima,
Menentu masa dan
waktu itu.
Ia akan berubah!!!
Aku harus terima,
Ranjang kemesraan,
Bersamanya
itulah yang terukir,
Dibatu siratku,
sejak azali....

LUKISAN KEHIDUPAN

Aku suka melakar
pada sekeping kanvas dan kertas
satu gambaran yang terlintas
Di benakku
Sebuah ganbaran kehidupan

Aku suka mencoret
pada sekeping kertas
satu cerita yang terlintas
Di mindaku
Sebuah cerita kehidupan

Sesekali tangan yang melakar
terhenti...
Namun tangan yang mencoret
terus menari..
Telah ku siapkan satu
gambaran indah..
Serta satu cerita kehidupan
Yang tak pernah sudah.....

TEMAN

Teman,
kaukah yang bernama teman,
kaukah seorang insan yang aku perlukan,
Teman,
Aku teramat merinduimu dikala aku
sendirian,
Sudikah kau menemaniku?
Tatkala aku inginkan seorang teman mampukah
dikau mengasihi aku
Seperti aku mengasihimu?
mampukah kau menjawap persoalan ku?
Teman,
pada siapakah aku harus mengadu?
oh tuhan bantulah aku insan yang daif ini..

Bicara Hati

Berbicaranya hati
Pada jiwa yang halus
Pada ruang yang paling dalam
Jauh tak terselam
menyapa lagi
Membibitkan kasih
Menerbitkan rindu
Membuahkan sayang
Agungnya rasa itu
Dalam tak ku sedar
Terzahir sebuah pengertian..

KENANGAN

Lewat masa
Bayangan dan igauan
Bersatu menjadi satu
Antara kenangan dan realiti
Menghimpit sendu di birai hati
Insan bernama aku
Yang pernah singgah menyemai cinta
Pernah dibayangi kesal
yang tidak berpenghujung
karna impian yang tidak kesampaian
Aku tetap aku
yang pernah bergelar kekasih,sahabat,seorang anak
Mengharapkan kebahagian dalam hidup selalu
Bersama keluarga,sahabat dan orang ramai
Yang kini bertakhta di hati..

Rindu

RINDU

Sudah terlalu lama rindu ini wujud
sudah berkali-kali rindu ini membunuh
sudah bertahun hendak ku elak
sudah bermusim ingin ku kubur
Setiap saat ia terus hadir
Biar bertahun
Musim bertukar ganti
Namun ia tetap hadir
Walau ku halang
Ku tepis, ku nafi
Ia tetap di situ
Hidup dalam diri yang kaku dan mati ini....

Pertemuan

Pertemuan

Kenapa perlu ada pertemuan itu
Jika kelak ianya terlalu menyeksa
Kenapa perlu ada kemesraan itu
Jika kelak yang tertinggal hanya kenangan
Kenapa perlu ada cinta itu
Jika kelak yang wujud hanya kelukaan
Takdir kenapa perlu ada semua itu
Jika yang ada kini hanya tangisan......
kenapa??