CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

WELCOME

wiNd0oW mUsiC

Gelisah, gundah!!

Gelisah, gundah
Bukan kerana masaalah lahiriah
Lahirnya di hati
Tak ku ketahui

Gelisah,gundah
Apakah ini
Tak ku mengerti
Apa bakal terjadi

Jangan ku diganggu
Jangan ku dihampiri
Hadir ku dialam fantasi
Tak kan ditemii di lam ini

ILHAMKU : Rintihan Hamba

Rintihan Hamba
Tuhan ku yang maha esa,
Aku ingin memuja-Mu tiap ketika,
Aku ingin mendampingi-Mu tiap masa,
Aku ingin mendapat kasih sayang-Mu,
Tapi aku tidak layak untuk itu,
Aku insan yang mengingati-Mu ketika susah,
Dan melupai-Mu ketika senang,
Tuhan ku yang Maha Esa,
Aku ingin menyintai-Mu sepenuh jiwa ragaku,
Tapi aku tidak layak untuk cinta-Mu,
Aku insan yang mengabaikan suruhan-Mu,
Tuhan ku yang Maha Esa,
Betapa hinanya diri ku ini
Hidup di atas bumi-Mu,
Tanpa mensyukuri nikmat-Mu,
Hidup dengan kasih sayang -Mu,
Tapi aku selalu mengingkari-Mu,
Aku tidak layak dipanggil hamba-Mu,
Begitu banyak dosaku terhadap-Mu,
Aku ingin gapai kasih-Mu,
Tapi betapa kerdilnya aku berbanding kebesaran-Mu.
Nukilan abadi: BlogExpresiku

TOPENG TOPENG KEHIDUPAN..

Hrm...agak lama aku tidak menulis catatan disini..rindu rasanya..tapi bukannya apa..cuma keadaan menjadi sebuk..haaa..ini lain pulak cerita yang ingin di ceritakan,diuwar2kan,dan di kongsi bersama..cerita ini bertajuk..''TOPENG-TOPENG KEHIDUPAN''.

Aku akui yang diriku sering menggunakan topeng-topeng kehidupan..tapi aku percaya manusia seperti aku dan juga anda juga sering menggunakan topeng-topeng kehidupan,tapi mungkin anda lebih dahsyat dari aku..mungkin anda bukan sekadar menggunakan topeng -topeng kehidupan,mgkn anda menggunakan topeng-topeng harian!! wah!! bahaya ke??

Soalan ini masih belum di jawap oleh segelintir masyarakat,kadang2 bukan segelintir masyarakat tapi semua.bagi pandangan aku,topeng-topeng kehidupan harus dipakai oleh kita!! eh!! mungkin tidak!! aaaRRRRgggg!!!!!!! aku pun x dapat memberi jawapan..hah!mungkin ia baik digunakan tapi ada kesan sampingannya..contohnya seperti ubat! makan apabila sakit ia bagus..tapi bila makan berlebihan mendapat kemudaratan.

Tapi kadang2 geram juga pada orang yang menggunakan topeng tersebut karna hanya ingin merapatkan diri dengan kita bahkan disebaliknya menikam diri kita dari belakang..ada juga perkara ini berlaku pada diriku..melalui teman aku disini.mungkin teman aku yang lain pun mengamalkan isu yang diperkatakan ini pada aku dan kepada teman2 lain..

Apa kata anda berkongsi jawapan bersamaku.hanya menjawapnya di kotak suara di sebelah kanan.

SUNGGUH SERONOK DI BULAN PUASA

Alhamdulillah..baru-baru nie aku sempat balik ke kampung halaman ku yang mana tanah tumpah darahku..negeriku pulau pinang,aku balik sebelum puasa tujuan aku untuk balik melihat ayah yang sakit dan berhimpun berbuka puasa bersama dengan keluarga tercinta..alhamdulillah setelah aku sampai ke kampung halamanku aku teruja karna seluruh keluargaku ada di teratak syurga kami..pada keesokan harinya marhaban ya ramadhan iaitu bulan puasa.

yang paling aku seronok dan tersergam kenangan indah dalam hidupku adalah disaat sibuk untuk berbuka,kecoh satu rumah dengan gelagat kami semua..denga gelagat anak buahku yang mana sibuk juga nak berbuka..manakala kakak serta kakak iparku sibuk memasak..bila tiba waktu berbuka memang seronok dengan riuh rendah kami sekeluarga..ingin terucap dihati..berbuka puasa bersama keluarga adalah pengalaman yang paling indah dimana dapat merapatkan jurang terpisah antara aku dan keluarga..best..sangaaat..

BINGKISAN BUAT BONDA DAN AYAHANDA

MAK..AYAH..ACHIK SANGAT MERINDUI MAK DAN AYAH..
Ntah apa yang berlaku pada diriku semalam setelah mendengar suara mak dan ayah
melalui hanfoneku..aku sebak bila mendengar berita yang ayah kurang sihat..hati anak mana yang tak sedih dan tak senang duduk bila mendengar berita akan ibu bapanya tidak sihat..aku bertanya apa punca ayah jatuh sakit?.mak menjawap sakit lama ayah,iaitu kesan ayah operasion,terus aku terdiam kerana aku pernah mendengar kata-kata abangku mengenai ayah pada masa silam,dimana ayah masuk ke wad ICU kerana sakitnya,abang menceritakan saat-saat ayah bercakap dengannya..semalam aku terus terdiam dan memohon agar pisang takkan berbuah dua kali lagi..apa-apa pun hanya doa dari seorang anak sahaja yang mampu aku kirimkan buat ayah dan mak..sehingga sekarang aku merasa resah..walaupun mak memberitahu yang ayah sekarang sudah baik..tapi hatiku terkenang kembali cerita yang abangku ceritakan padaku..kepada ayah..

KEPADA AYAHANDA..
Ayah achik sangat merindui ayah..hanya doa yang dapat achik kirimkan..achik mengharapkan yang ayah sentiasa sihat selalu..dan diredhai oleh allah..dan mak juga..


AKHIR KATA: SALAM SAYANG RINDU DARI ANAKANDA YANG NUN JAUH.

WAJAH TEMAN PENUH MAKNA BUATKU



Bisikkan hati tersirat buat ''TEMAN''.

persahabatan membuat kita rasa bahagia,
cerita ini berkisarkan tentang hidupku,yang mana,kelmarin aku berjalan-jalan bersama teman serumahku,senang di ceritakan aku lebih sesuai,comfortable,suitable dan ape-ape table lah..maksud aku aku lebih disenangi oleh mereka semua dan mereka menyenangi aku..kami pergi berjalan jalan bersama dan tanpa menyedari aku boleh melihat kami seperti sebuah keluarga yang penuh dengan kegembiraan dan sebagainya.

pada malam ini,
barusan tadi perkara ini berlaku terhadap aku,ini juga berkisarkan mengenai persahabatan,ini ceritanya,td tp tepat pada pukul 8.00,pada selalunya kami serumah akan keluar makan malam bersama,tapi malam ini lain pula terjadi,aku tidak dapat bersama mereka karna aku tidak punyai wang untuk keluar makan bersama mereka,tiba-tiba 2 orang sahabatku melenting kemarahan kepadaku karna tidak beritahu yang aku tidak punyai wang untuk keluar makan bersama mereka,lantas sahabat aku yang seorang mengajak aku makan bersama..katanya''jom makan! tentang duit jangan fikir lagi pun kita serumah..lagi pun aku tak suka ada budak rumah tak makan.susah senang sekali..''.dan yang seorang lagi terus menjerit ''kalau ko tak nak kuar makan aku bungkuskan untuk ko!!''.sebak hatiku mendengar kata-kata mereka.lalu aku berkata aku sudah kenyang..mereka tetap tidak percaya,dan aku cuba terus meyakinkan mereka yang aku sudah makan,akhir sekali mereka pun bergerak ke kedai makan di hadapan rumah.

kata hatiku,
Yaallah,terima kasih karna ENGKAU tempatkan aku bersama teman-teman yang baik serta penuh keperhatinan,syukur walaupun aku menimpa musibah yang lain..ENGKAU sedia memberikan dugaan yang menyayat hatiku ini..trima kasih yaallah..

kepada teman-teman,
''Aku mohon maaf sebab aku telah menipu kalian semua,sebaliknya aku hanya makan sekeping roti kering dan air masak..''.aku mengharap kalian sentiasa diredhai allah s.w.t karna sifat baik kalian terhadapku..''

coretan hatiku hari ini.


CORETAN HATIKU BERBISIK KESYUKURAN KEHADRAT ILLAHI..

ALHAMDULILLAH ...syukur aku serta keluargaku kepada Allah s.w.t.hari ini hari gembira buat diriku,hal ini kerana aku mendapat berita nun jauh dari ibuku yang menyatakan aku,punyai teman baru(anak buah baru).ini terjadi karna kakakku yang bernama SITI SARAH BT. ISMAIL dan suaminya RIZAL BIN ABDUL RAHIM, telah berjaya melahirkan dan menimang cahya mata yang pertama pada hari ini..berita ini aku dapati pada sekitar pukul 2.30 petang..hatiku berasa lega karna kakakku telah selamat melahirkan cahya mata pertamanya,dengan melahirkan seorang puteri penyuluh cahya kebahgiaan keluarga.aku mengharapkan cahya mata tersebut bakal mengukuhkan dan menambah ''NUUR KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA'', mereka.AMIIINN..
YA'ALLAH..terima kasih ku panjatkan kesyukuran kepadamu karna memberikan satu lagi cahya yang bakal merubah keluarga kami agar lebih bahgia..walaupun aku berada un jauh dari mereka dan keluargaku aku ttp berasa syukur,seronok dan gembira yang tak terhingga karna aku telah diberikan anak buah yang lagi satu serta ia makin bertambah ahli keluargaku..


CORETAN HATIKU BERBISIK KESYUKURAN KEHADRAT ILLAHI..

SASTRA MEMBUNUH KEBOSANAN,YANG TELAH AKU ALAMI..

Hari ahad bertandang kembali,aku terjaga dari tidurku..entah apa difikir..sudah tentu aktiviti harian,fikiran melayang terbayang-bayang,ntah apa terkenang,lantas lalu idea memberansang,cara membunuh kebosanan.

Pada hari ini,aku keluar bersama sahabatku,kami hanya bertiga,ntah apa cara kami cuba membunuh kebosanan..ia hanya dengan cara berjalan-jalan..berjalan kakiku tiada henti,sehingga sampai di shopping complex MP.hatiku memujuk menjenguk buku di kedai buku,lalu aku melayan perasaan hatiku.namun lepas itu aku terkaku karna aku telah menipu diriku,karna aku telah menghabiskan duitku dengan barangan lain dan juga buku,serta tidak disengajakan aku trus pulang lalu terfikir aku telah berjaya membunuh kebosananku..

akhir kata dariku''fikiir dan rancanglah perjalanan hidupmu serta rutin harianmu agar dapat membunuh kebosanan dengan kearah kebaikkan''.

SASTRAKU HARI INI..(MEMBUNUH KEBOSANAN)

CINTA YANG KU DUGA

Walau hatiku pedih,
ku rsasa sendiri kepedihan,
kesakitan hatiku menangis,
rintihan jiwa yang terus merana,

Walau ku sendirian,
ku renangi lautan yang dalam,
tiada siapa sudi perhatikan,
itu yang kuduga selama ini,

kesakitan cinta yang melandaku,
menghentikan degupan rindu,
yang hampir bernyawa,
kecewa yang tiada terhingga,
bila mendengar berita kau tak cintaiku,
kini ku fahami erti cintamu,
kau hanya bernyawakan patung dalam,
dirimu,
kecewa yang melanda dihati,
mengapa begini yang aku hadapi..
(kekasihku)

CORETAN HATIKU TERHADAP WANITA PENUH BERMAKNA BAGIKU..


Dua wanita ini adalah pembakar semangatku,malah mereka ini adalah darah dagingku..sebelah kiri adalah ibunda tersayang bernama AZIZAH BT SHAMSUDDIN,tanpa beliau aku tidak di lahirkan didunia ini,tanpanya juga aku tidak kecapi kebahgiaan sekarang,tanpa ibu aku bisa jatuh dan tidak akan bangun karna perjalanan hidupku banyak datangnya dari restunya,manakala wanita disebelah kanan ibuku,adalah kakak ku,wanita ini juga idola hidupku..
wanita ini diberikan nama sama seperti dirinya iaitu HALIJAH BT. ISMAIL.aku sangat kagum dengan ketabahan kakakku serta keberanian,kesetiaan,kesabarannya dalam menempuh dugaan hidupnya,walaupun hidupnya kurang lengkap bersama anak tersayangnya ''DANIA AMANI''(anak buahku).wanita ini bisa trus berdiri walaupun ujian yang melandanya,sehinggakan sekarang beliau sentaisa bangun menuntut haknya kembali..''yaallah..kau pertemukanlah zuriatnya kembali kesisinya yaallah..''.
cukup untuk aku akui perpisahan yang aku alami juga amat memedihkan walaupun hanya sementara dengan jarak yang jauh,inikan pula terpisah jauh tanpa mendengar khabar.kini hanya doa yang dapat aku lafazkan agar mereka dapat dipertemukan..walau apa pun terjadi aku tetap berada disisi mereka berdua karna mereka adalah sumber untuk ku trus menyusuri liku-liku hidupku..
luahan terbuku dihatiku
11/08/09
12.45 pm

m0tivation fr0m myfrenz

''kebahagian adalah hak milik mereka yang menangis,dan mereka
yang disakiti,mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba..
merekalah yang tahu menghargai betapa pentingnya orang yang menyentuh
kehidupan mereka''.




kata-kata dari seorang sahabat
name:zaini

KATA-KATA RENUNGAN DARI ABG KEPADA ADIKNYA.

Tidak diuji setiap makhluk melainkan
keupayaannya.
Nabi diuji dengan cara nabi..
kakak dengan cara kakak..
abang cara abang..
dan adik(aku) dengan cara adik..
Apa yang berlaku pada kakak mungkin tak
mampu adik menanggungnya..
besar masalah kita besar lagi masalah
orang sekeliling kita..
menyerah kalah bukan penyudah.
BANGUN!!!!,lawan dan buktikan kita bukan lemah!!
masa depan kita datangnya dari kita..



PETIKAN DARI:(pesanan,kata semangat yang di hantar kepada aku)
daripada: ABG KEPADA ADIKNYA.
PADA TARIKH: 4 AUG 09
MASA:12.42 AM

PERSAHABATAN..